MenarikDiKualaLumpur – Petrosains KLCC

0
1550

Petrosains merupakan anak syarikat sepenuhnya kepada Petronas iaitu syarikat multinasional gas dan minyak bersepadu. Petronas memimpin dalam mengarahkan perniagaan dan lawatan khas di dua institusi iaitu, Petrosains, The Discovery Center dan Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia.

Petrosains, The Discovery Center antara destinasi yang menjadi tarikan dalam memberi pengalaman praktikal kepada pengunjung yang hadir untuk meneroka ilmu sains dan matematik dengan lebih mandalam. Lawatan sambil belajar ke Petrosains juga membuatkan pengunjung yang hadir berpeluang mempelajari perkara baharu tentang sains dan sememangnya membantu memudahkan serta melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah bagi setiap pelajar mahupun guru. 

Tambahan pula, kewujudan Petrosains juga membantu penyelidik yang terdirj daripada para ilmuan untuk mengkaji dan mendapatkan maklumat berkaitan bahan kajian menerusi pusat pameran serta aktiviti-aktiviti melibatkan mata pelajaran sains serta yang sama maksud dengan pembelajaran STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), dimana turut disediakan oleh pihak pengurusan Petrosains. Hal ini mendorong generasi baru untuk berfikir tentang sains dan teknologi apabila Petrosains dijadikan sebagai lokasi tarikan dalam membantu menarik minat rakyat Malaysia terhadap STEM untuk lebih berinspirasi serta inovasi.

Selain itu, aktiviti STEM juga turut dijalankan secara pembelajaran atas talian oleh pihak Petrosains. Pembelajaran secara atas talian ini memudahkan lagi kerja-kerja penyelidikan maklumat bagi meneroka dengan lebih mendalam tentang ilmu sains. Petrosains juga membawa penemuan ilmiah yang menarik dan aktiviti yang memberi impak yang positif dan inspirasi kepada ilmuan sains. Hal ini dapat ditunjukkan apabila Petrosains turut mengadakan bengkel dan pertunjukan mahupun aktiviti yang dijalankan oleh ahli petrosains yang mempunyai pengetahuan sains yang meluas untuk memperlihatkan penemuan saintifik yang benar-benar tepat. Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran secara realistik di Petrosains mencetuskan rasa ingin tahu, minat dan inspirasi buat pengunjung yang hadir apabila menyaksikan bahan kajian serta penemuan saintifik yang dipamerkan di lokasi tersebut.

Alamat : Petrosains, The Discovery Centre, Level 4, Suria KLCC, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat, 9.30 Pagi- 5.30 Petang & Sabtu – Ahad, 9.30 Pagi – 6.30 Petang (kecuali cuti umum).

Telefon: +603-2331 8787 (General Line).

Website: http://petrosains.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/instapetrosains/

Facebook : https://www.facebook.com/petrosains

Email: infopetrosains@petronas.com

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini