#MenarikDiPetaling – Pulau Ketam

0
110
Pulau Ketam (Jawi: ڤولاو كتم; Cina吉胆岛pinyin: Jídǎn Dǎo) ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan KlangSelangorMalaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880 dan terkenal dengan rumah terapung yang berketinggian satu hingga 10 meter dari paras laut.
Pulau ini merupakan rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira pada tahun 1880-an. Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam. Manakala, di bahagian timur laut, terdapat sebuah kampung yang dinamai Sungai Lima (Cina ringkas五条港Cina tradisional五條港pinyinWǔtiáogǎng) kerana kampung ini terletak di serokan kelima dari kampung utama. Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini. Dialek yang sering ditutur di Pulau Ketam ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar serokan kedua. Kawasan lain di sekitar pulau ini merupakan hanyalah paya bakau.
Rumah yang dibina tinggi kerana pulau ini tenggelam ketika air pasang. Laluan pejalan kaki diperbuat daripada konkrit dan sempit. Terdapat juga jambatan kayu yang didirikan sebagai laluan akses dari rumah ke rumah. Di Pulau Ketam, tidak ada kereta namun masyarakat di Pulau Ketam selalunya menggunakan basikal atau motosikal. Tiada juga laluan khas yang menghubungkan kedua kampung ini, oleh sebab itu, penduduk kampung akan menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan. Bagi mereka yang ingin melawat pulau ini, anda bolehlah menggunakan servis feri harian yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Pulau Ketam dan Sungai Lima dengan harga yang berpatutan.
Pulau Ketam juga merupakan antara kawasan tarikan pelancong yang terdapat d Selangor. Di sini, terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu dan tokong-tokong yang cantik belaka. Di sini juga terdapat sebuah pusat Islam yang dijadikan sebagai tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.
Pulau ini dijadikan sebagai set penggambaran untuk filem Malaysia yang berjudul Paint My Love (2015). Filem ini dibintangi oleh penyanyi terkenal tanah air, Fuying dan Sam.

Maklumat Lanjut :

Alamat :Pulau Ketam, Klang, Selangor.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Ketam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini