#MenarikDiKualaLumpur – KidZania Kuala Lumpur

0
100

KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa. Ianya adalah sebuah tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. Selama ini kanak yang kecil apabila ditanya apakah cita-cita apabila mencecah umur dewasa kelak, mereka biasanya akan menjawab pilot, doktor, engineer dan sebagainya. Ada diantara mereka tiada gambaran pun pekerjan yang mereka sebutkan itu.

Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur. Menarik bukan?Admin pasti anak-anak anda akan gembira apabila datang ke sini. Mereka dapat rasai sendiri pengalaman bekerja dan kepayahan untuk mencari duit.

Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Mereka akan bekerja dan diberi gaji. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalamnya.

Alamat : Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi : Rabu –  Isnin (10 pagi – 6 petang), Tutup pada Selasa.

Email : contact@kidzania.com.my

No Telefon : +60 3-2203 9666

Facebook : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur/

Laman Web : https://www.kidzania.com.my/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini