#MenarikDiKualaLumpur – KL Sports City

0
95

KL Sports City atau yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara merupakan kompleks sukan yang terbesar di Malaysia dan menempatkan pelbagai kemudahan dan prasarana sukan bertaraf antarabangsa. Kompleks ini menempatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Axiata Arena, Stadium Hoki Kebangsaan, Pusat Akuatik Nasional dan Pusat Skuasy Nasional.

KL Sports City menawarkan pelbagai kemudahan untuk aktiviti rekreasi seperti trek larian dan berbasikal sejauh 1.3km yang mengelilingi Stadium Nasional. Pengunjung tidak perlu bimbang akan faktor keselamatan kerana trek ini berada di dalam kawasan kompleks dan jauh dari jalan raya. Bagi mereka yang ingin mengikuti kelas renang pula, Pusat Akuatik Nasional menawarkan kelas renang yang dikendalikan oleh pakar dalam industri sukan renang iaitu D Swim Academy. Selain itu, terdapat Taman Belia yang dikhaskan untuk sukan berpusatkan belia. Taman Belia di sini terdiri daripada gelanggang futsal terbuka, gelanggang bola keranjang terbuka, gimnasium luar dan Skatepark dua tingkat.

Pengunjung juga boleh merancang perjalanan dengan mudah sekiranya ingin berkunjung ke sini kerana kemudahan pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL dan juga LRT Bukit Jalil yang terletak berdekatan dengan KL Sports City.

Alamat : Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (9:00 Pagi – 11:00 Malam)  & Ahad (8:30 Pagi – 10:30 Malam).

Telefon : 03-8992 0888.

Website : https://www.stadium.gov.my/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini