#MenarikDiPetaling – Pustaka Raja Tun Uda

0
101

Perpustakaan Raja Tun Uda berkonsepkan “Perpustakaan dalam Taman”. Lokasinya amat strategik, iaitu bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Ini merupakan pilihan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang mahukan konsep perpustakaan ini di dalam taman.

Selain dari memberi perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik dan pendidik, perpustakaan ini juga menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan tempat mencari ilham kepada peminat buku dan pencinta seni. Sesuai dengan tagline iaitu ‘Rumah Keduaku’, konsep di rumah dibawa ke perpustakaan di mana pengunjung boleh menikmati suasana yang nyaman, selesa dan harmoni. Inilah keistimewaan dan uniknya Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini mempunyai keluasan 203,600 kaki per segi. Konsep dalamannya penuh dengan kepelbagaian warna dan variasi serta dilengkapi dengan peralatan moden dan mempunyai reka bentuk kontemporari. Ianya dapat memuatkan 2,500 pengunjung serta 400,000 naskhah buku. Pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, perpustakaan menerima jumlah pengunjung sehingga mencecah 8,000 orang dalam satu hari.

 

                                                        

 

Maklumat Lanjut :

Alamat :Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
D/A Pustaka Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

Phone : 603-55197667 Samb. 1216/ 1214

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang
(Isnin hingga Ahad. Kecuali pada hari cuti umum negeri Selangor)

Sumber : https://www.ppas.gov.my

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini