Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan paragliding, tempat pertama dalam kepala bila nak buat paragliding ialah di Bukit Jugra, Banting ini. Antara sebabnya ialah lokasinya senang untuk datang. Dan harganya yang antara termurah berbanding tempat lain di Malaysia. Macam di tempat paragliding lain, anda bakal naik secara tandem. Anda di depan, instruktor di belakang. Bukit Jugra ini tidak begitu tinggi dan ketinggiannya 120 meter sahaja. Tapi angin di sini kuat — sesuai untuk aktiviti paragliding kerana sukan lasak ini memang memerlukan angin yang kuat. Lagi kuat anginnya, lagi lama dapat anda terbang di udara. Jugra ini bukan tiap-tiap hari anda boleh terbang. Jadi anda perlu rancang dan tanya operator/instruktor anda bila waktu yang sesuai untuknya. Anda bakal dapat menikmati pemandangan hijau di kawasan pesisir Sungai Langat. Dan jika hari cerah anda dapat menikmati pemandangan Selat Melaka.
Harga Paragliding | Dewasa (RM) |
---|---|
Warganegara | 250 |
Pelancong Asing | 280 |
Address
Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor
Tandem Paragliding | Malaysia
Professional Tandem Paragliding Adventure Malaysia:
Izzat 018-2027029
Syamil 011-37067856
Faridil 012-6524769
Instagram : proglidesports
Sumber : Portal Jomjalan , Instagram Proglidesports