#MenarikdiKualaLangat&Klang – Paragliding Bukit Jugra

0
325
Bukit Jugra Paragliding

Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan paragliding, tempat pertama dalam kepala bila nak buat paragliding ialah di Bukit Jugra, Banting ini. Antara sebabnya ialah lokasinya senang untuk datang. Dan harganya yang antara termurah berbanding tempat lain di Malaysia. Macam di tempat paragliding lain, anda bakal naik secara tandem. Anda di depan, instruktor di belakang. Bukit Jugra ini tidak begitu tinggi dan ketinggiannya 120 meter sahaja. Tapi angin di sini kuat — sesuai untuk aktiviti paragliding kerana sukan lasak ini memang memerlukan angin yang kuat. Lagi kuat anginnya, lagi lama  dapat anda terbang di udara. Jugra ini bukan tiap-tiap hari anda boleh terbang. Jadi anda perlu rancang dan tanya operator/instruktor anda bila waktu yang sesuai untuknya. Anda bakal dapat menikmati pemandangan hijau di kawasan pesisir Sungai Langat. Dan jika hari cerah anda dapat menikmati pemandangan Selat Melaka.

Harga Paragliding Dewasa (RM)
Warganegara 250
Pelancong Asing 280

 

Address

Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

Tandem Paragliding | Malaysia

Professional Tandem Paragliding Adventure Malaysia:

Izzat 018-2027029

Syamil 011-37067856

Faridil 012-6524769

Instagram : proglidesports

Sumber : Portal Jomjalan , Instagram Proglidesports

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini