#MenarikDiPetaling -River & Glamp – Port Glamping Best Tepi Sungai

0
55

Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau dan menjadi lokasi paling sesuai untuk sebuah percutian berkonsepkan glamor camping atau lebih popular disebut ‘Glamping’!

Sekiranya anda berada di sekitar Selangor dan berdekatan dengan Sungai Buloh — mungkin anda boleh melakukan ‘sweet escape’ bersama anak-anak dan keluarga lari sekejap daripada kesibukan rutin harian dan terperuk di rumah dengan glamping di RIVER & GLAMP, Nur Laman Bestari Eco Resort.

Dikelilingi dengan kehijauan pokok yang subur dan sungai yang mengalir tenang, rasanya ini percutian yang sangat diperlukan oleh kebanyakan daripada kita sekarang yang mungkin sedang tertekan dengan pelbagai cabaran kehidupan ketika ini.

River & Glamp ini merupakan pakej percutian glamping dengan pemandangan sungai yang cukup menenangkan serta terletak di sebelah Hutan Lipur Sungai Tua! Sejuk dan sangat mendamaikan jiwa.

Di Nur Laman Bestari Eco Resort sebenarnya menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung, bermula dari chalet hingga ke pondok tepi sungai.

Setiap khemah glamping mampu memuatkan seramai 5 orang tetamu kerana disediakan lima buah tilam, kipas mudah alih, penghawa dingin dan akses ke bilik air berdekatan.

Jika anda lapar, mereka turut menyediakan peralatan memasak, pemanggang barbeku dan sachet minuman segera.

Kalau anda rasa malas nak masak, resort ini juga boleh mengaturkan hidangan sarapan dan makan malam berharga RM25 seorang.

Di Nur Laman Bestari Eco Resorts ini juga anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik antaranya mandi-manda di sungai berdekatan, berkayak di tasik bersama yang tersayang atau bermain All Terrain Vehicle (ATV). 

 

Maklumat Lanjut :

Alamat : Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Astana Era Mewah, Hq Nur Eco Resort, 40160 Sungai Buloh, Selangor.

Harga: Bermula pada RM199 (5 tetamu)

Hubungi: +603-6151 8095

Facebook: RIVER & GLAMP

 

Sumber : https://rileklah.com/hotel/river-glamp-port-glamping-best-tepi-sungai-di-sg-buloh-selangor

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini