#MenarikDiPetaling-Galeri Shah Alam

0
5

Galeri Shah Alam telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan pada 26 Januari 1991 dan dirasmikan dengan sempurnanya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 6 Julai 1991.

Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj semasa baginda menjadi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang mana baginda sendiri adalah salah seorang yang meminati dan mencintai seni lukis dengan begitu mendalam.

Sejarah asal bangunan berbentuk Melayu tradisional ini dibina untuk Pejabat Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Selangor telah direka bentuk oleh Puan Maimunah Deraman pada awal tahun 1980an. Majlis Bandaraya Shah Alam kemudiannya telah melaksanakan ubahsuai terhadap bangunan ini dengan tujuan untuk memudahkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti seni Galeri Shah Alam.

Selain itu dengan reka bentuk bangunannya yang memaparkan ciri-ciri seni ukir dan reka bentuk Melayu Tradisional amat bertepatan dengan objektif penubuhan Galeri Shah Alam. Justeru, ianya sejajar dengan usaha-usaha yang akan membawa kepada kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap kesenian dalam mengintegrasikan masyarakat majmuk di negeri Selangor bagi mempopularkan seni visual dan liberal tanahair.

Galeri Shah Alam sebagai pusat kesenian dan destinasi pelancongan di Lembah Klang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Shah Alam. Bangunannya yang indah dengan reka bentuk kehalusan seni bina Melayu tradisional  di kelilingi oleh tasik dan taman rekreasi menambahkan lagi keindahan ‘seni’ disamping suasana yang aman dan nyaman ianya dapat menarik minat orang ramai untuk mengunjungi Galeri Shah Alam.

Maklumat Lanjut:

Nama : Galeri Shah Alam

TEL : +603-5510 5344
FAX : +603-5510 2081
EMAIL : pentadbir@galerishahalam.com
WEB : www.galerishahalam.com

WAKTU OPERASI GALERI
Isnin – Ahad 9.00 pagi – 6.00 petang 
Cuti Umum (Tutup)

WAKTU PEJABAT
Isnin – Jumaat 8:30 pagi – 5:30 petang 

MASUK PERCUMA

ALAMAT
Persiaran Tasik, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Sumber: https://galerishahalam.com/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini