#MenarikDiPetaling-Bukit Sapu Tangan, Shah Alam

0
523

Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu merupakan bukit yang terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Dengan ketinggian 669 ft / 204 meter. Boleh dikatakan tidak tinggi dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mula belajar mendaki. Walau bagaimanapun, laluan banyak mendaki sekiranya bermula di sini. Pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM3.00 bagi sebuah kereta. Pengunjung boleh mendapatkan peta lokasi (location map) kawasan tarikan yang terdapat di TBNSA di kaunter masuk. Tiada perkhidmatan bas disediakan untuk ke trail Bukit Sapu Tangan. Pengunjung harus berjalan kaki sehingga ke situ. Terdapat banyak trail yang boleh digunakan untuk sampai ke puncak antaranya Trail A/B (via Setia AlamCommunity Trail Head), Gate E (Alam Budiman) dan Via Bandar Nusarhu.

Maklumat Lanjut:

Alamat : Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel  : 03-5510 6922/23 (Pejabat Pentadbiran)

Tel  :03-5510 7048 (Pertanyaan & Tempahan)

Faks : 03-5510 0922
Emel : tbnsa@mafi.gov.my

Emel : pro.tbnsa@mafi.gov.my

Sumber: http://tbnsa.gov.my/home

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini