#MenarikDiKualaLangat&Klang – Homestay Kampung Endah

0
370
sumber:facebook PerpustakaanDesa Batu Laut

Jika anda mendambakan sebuah kembara desa yang mendamaikan, menyajikan pemandangan mempesona, jauh daripada hiruk-pikuk kesesakan kosmopolitan, Homestay Kampung Endah di Banting, Selangor, boleh menjadi pilihan terbaik.Kebelakangan ini, idea bercuti dengan menginap di desa menjadi pilihan sebahagian warga kota melepaskan lelah apabila kembali bercuti di kampung, berbanding memilih hotel mewah mahupun resorts di tepian pantai.Sebaik saja melewati pekan Banting, kira-kira 30 minit pemanduan lagi, baharulah tiba di Kampung Endah.Di sekitar Banting, keseluruhannya mempunyai 33 buah kampung, namun yang paling popular ialah Kampung Endah kerana tarikan inap desanya yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung domestik mahu pun pelancong antarabangsa.Bersesuaian dengan namanya, Kampung Endah, desa berkenaan menyajikan pemandangan yang cukup indah. Pun begitu, Kampung Endah bukanlah nama asal desa berkenaan, sebaliknya ia terlebih dulu dikenali dengan nama Kampung Pindah.Sekitar tahun 1950-an, Kampung Pindah diberi nama baharu, Kampung Endah dan terus kekal hingga hari ini.Lebih membanggakan, Homestay Kampung Endah turut menerima beberapa anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan berikutan keindahan, kedamaian dan keharmonian penduduk desa, yang sama-sama membanting tulang mengekalkan kebersihan dan kecantikan di sekeliling kampung.

Antara pencapaian Homestay Kampung Endah adalah Kampung Terbaik Negeri Selangor, Kampung Terindah Negeri Selangor/Kebangsaan, johan pertandingan halaman indah, johan pertandingan kampung terindah dan Anugerah Kategori Homestay Malaysia, yang pernah dianjurkan kerajaan negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Homestay Kampung EndahAlamat: PSK 11, Jalan Sekolah, Kampung Endah, Banting, Selangor

No telefon: 013 645 6489 (Ramlan Misnan @ Wak Lan)

No faksimili: 03 3198 2312

sumber:facebook PerpustakaanDesa Batu Laut
sumber:facebook PerpustakaanDesa Batu Laut
sumber:facebook PerpustakaanDesa Batu Laut

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini