#MenarikDiPutrajaya – Aisha Kidz Planet Putrajaya

0
512

Aisha Kids Planet Putrajaya menyediakan kemudahan taman permainan yang menarik dan bersuaian untuk kanak-kanak. Disini terdapat pelbagai fasiliti permainan indoor dan harga yang ditawarkan berpatutan. Harga yang dikenakan harga RM 13 untuk 2 jam atau RM 17 (tiada had masa) dan boleh keluar masuk. Yang menariknya tiada sebarang bayaran dikenakan untuk ibubapa dan pengunjung yang hadir juga boleh membawa makanan luar dan makan di ruangan rehat yang disediakan

Para pengunjung diwajibkan untuk memakai stokin ketika memasuki taman mainan atau sekiranya tiada, boleh membuat pembelian di kaunter. Aisha Kids Planet Putrajaya juga menawarkan kemudahan ruangan untuk membuat majlis seperti sambutan hari jadi dan sebagainya

Nama : Aisha Kidz Planet Putrajaya
Alamat : T.03-U.01, Jalan P9e/1, Presint 9, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62250 Putrajaya, Malaysia
No. Tel : 018-2283087
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 mlm (Isnin-Tutup)
Website : https://www.facebook.com/AKPPutrajaya
Peta Lokasi :

Kredit : Facebook, Google

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini