#MenarikdiKualaLangat&Klang – Restoran Istana Bunian

0
837

Restoran Istana Bunian merupakan salah satu lokasi yang menjadi daya tarikan bagi pelancong untuk berkunjung ke daerah Kuala Langat, Selangor. Lokasinya yang terletak di kawasan Tadom Hill Resort dan dihiasi permandangan Bukit Tadom dan tasik yang menghijau merupakan antara keistimewaan Restoran Istana Bunian. Selain itu, seni bina bangunan yang diperbuat daripada kayu buluh, dihiasi dengan balutan kain kuning serta disinari cahaya limpahan lampu yang bergantungan pada waktu malam menyebabkan restoran ini tampak unik dan menyerlah.

Menawarkan pelbagai hidangan menu berasaskan Western serta diselitkan dengan hidangan Melayu seperti nasi lemak dan satay, Restoran Istana Bunian sering menjadi tumpuan penduduk setempat mahupun pelancong luar untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang. Bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke Restoran Istana Bunian, mereka boleh memilih sama ada untuk menikmati juadah di tingkat atas mahupun di bahagian bawah.

Nama : Restoran Istana Bunian
Alamat : Tadom Hill Resort, Kg Labohan Dagang, Banting, Selangor
Facebook : www.facebook.com/restoranistanabuniantadomhillresort
s

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini