#MenarikDiHuluSelangor – Red House Bakery Hulu Bernam/Tg Malim

0
2

Red House Bakery merupakan cawangan kedai kek Red House Bakery By Azlina Ina yang terletak di kawasan penjuru Hulu Selangor iaitu di Hulu Bernam. Terkenal dengan keenakan rasa kek yang sedap, kedai bakeri bumiputera ini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis kek yang enak untuk dinikmati seisi keluarga pada kadar harga serendah rm29.90 sahaja.

Kedai kek ini bukan sahaja juga menyediakan pelbagai jenis kek, roti, kek mini, biskut dan kerepek, mereka juga mempunyai kek istimewa  iaitu  kek keju leleh atau lebih dikenali sebagai Cheese Cake Leleh Azlina Ina.

Apa yang lebih menariknya di sini, kedai kek ini bukan hanya menawarkan kek yang enak, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran hadiah kejutan atau lebih dikenali sebagai Surprise Delivery. Pelbagai pakej jambangan bunga, jambangan coklat serta pelbagai jenis jambangan atau mudah dikenali dengan ‘bouquet’ juga turut dijual di sini. Sebagai tambahan, mereka juga menyediakan perkhidmatan surprise delivery dengan mascot yang sangat comel sesuai untuk memeriahkan majlis hari lahir insan yang tersayang.

Kepada anda, yang mungkin ingin merasai keenakan  kek yang lembut lagi sedap,  atau anda berhasrat untuk berikan kejutan surprise delivery kepada yang tersayang, jangan lupa untuk singgah di Red House Bakery Hulu Bernam Selangor ataupun terus sahaja hubungi talian mesra mereka. Dengan sekali panggilan, anda dah boleh tempah kek siap dengan bouquet serta mascot comel. Info lanjut, anda boleh terus ke laman rasmi Facebook mereka untuk mendapatkan info promosi terkini.

NAMA : RED HOUSE BAKERY 3 TG MALIM

ALAMAT: (berhadapan balai polis hulu bernam)
NO 2, LOT 370 JLN BESAR KG PINANG
35900 HULU BERNAM SELANGOR

WAKTU OPERASI: Setiap Hari, 9:00 pagi – 7:00 malam

Nombor untuk di hubungi : 012-6698471

Facebook: hhttps://www.facebook.com/RedHouseBakery3AzlinaInaTgMalim

Email: zurinakusim@gmail.com

Peta Lokasi:

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini