#MenarikDiKualaLumpur – Kafe Kleptokrat

0
773

Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan H S Lee, City Centre ni menjadi tumpuan ramai Instagramable di Kuala Lumpur.  kafe ni sangat unik, klasik dan bestnya banyak sangat port boleh bergambar, sangat “instagramable”.

Kafe ni terletak di Jalan Tun H S Lee City Centre Kuala Lumpur. Cafe ni berdekatan dengan Menara Maybank, belakang Hotel Arena. Kalau korang naik LRT, boleh turun dekat Masjid Jamek dan kena jalan sedikit. Kalau naik kenderaan, jangan risau, kawasan sini ada disediakan tempat parking untuk pelanggan.

Nak masuk ke cafe ni boleh ikut pintu depan dan belakang. Tapi saya sarankan baik ikut pintu belakang, ada lorong kecik sebelah kedai Timothy, ada signboard tulis ” pintu belakang”, jalan la situ. Laluan belakang lagi menarik sebab laluan dekat situ, korang boleh nampak ada art dekat dinding yang korang boleh bergambar dan laluan nak ke cafe tu sangatla menarik. Mesti korang teruja, sebab setiap laluan, akan bergambar.

Kalau tengok sekeliling, bangunan memang nampak lama, macam terbiar, ni uniknya, sebab bangunan ni memang dah lama dibina tahun 1920 mungkin dan mereka masih mengekalkan ciri bangunan asal tu. Bagus juga kan, sebab tempat ni jadi lebih unik. Jangan risau, bangunan ni masih kukuh.

Alamat : 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka pada setiap hari ( 8.00 pagi- 6 petang ).

No Telefon : 017-642 8052

Facebook : https://www.facebook.com/kafekleptokrat/

Instagram : @kafe_kleptokrat

Email : kafekleptokrat@gmail.com

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini