#MenarikDiSabakBernam – Rumah Rehat Omah Liren, Sungai Besar

0
363

Dinamakan Omah Liren kerana dalam bahasa Jawa bermaksud rumah rehat. Rumah ini menggunakan sebahagian kayu daripada rumah lama asal yang telah dirobohkan. Rumah asal dibina pada tahun 1971 oleh tuan rumah Haji Sanusi bin Wardi. Pada tahun 1984 tapak rumah berkenaan telah beli oleh pemaju untuk dijadikan kawasan perumahan. Oleh kerana itu  rumah ini di pindahkan ke tapak baru di Parit Satu Timur ( Parit Cabang.) Pada tahun 2013 rumah ini di robohkan dan sebahagian daripada kayu yang masih elok digunakan untuk membuat tiang dan lantai tingkat bawah Omah Liren.  

Rumah rehat berkonsepkan semulajadi ini dikelilingi tumbuhan-tumbuhan yang menghijau akan membuatkan sejuk mata memandang. Menjadi pilihan kepada para pengunjung yang ingin merasai penginapan ala Bali atau Nusantara. Kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, kolam renang, dapur, pondok bbq, warung makan (Omah Madang) dan sebagainya.

Nama : Rumah Rehat Omah Liren, Sungai Besar
Alamat Premis : Omah Liren , Lot 5189, Jalan Tengah LPN Dua, Jln Lembaga Padi Negara, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi : 01220645 (Jija)
Peta lokasi :

Sumber : Rumah Rehat Omah Liren Sg Besar

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini