#MenarikDiPutrajaya – Zenith Putrajaya

0
1004

Nak jalan-jalan di Putrajaya tapi tak tahu nak menginap di mana?

Hotel Zenith Putrajaya mula beroperasi pada tahun 2019. Keunikan Hotel Zenith Putrajaya adalah kesemua bilik di hotel ini menghadap Tasik Putrajaya, Masjid Putra dan Jambatan Wawasan.

Zenith Putrajaya menawarkan 7 jenis bilik untuk pelanggannya iaitu Signature King, Signature Twin, Titanium Club, Executive Suite, Premier Suite, Zenith Suite, dan akhir sekali Presidential Suite.

Bagi bilik Signature King dan Signature Twin perbezaan adalah pada jenis katil. Untuk Signature King bilik dilengkapi dengan 1 katil bersaiz super king manakala Signature Twin bilik dilengkapi dengan katil bersaiz Queen. Kedua-dua bilik ini menghadap Tasik Putrajaya. Bilik ini dI dekorasi dengan ciri moden dan kotemporari bagi memberi ketenangan kepada pelanggannya. Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan bilik berhawa dingin, TV LCD, tab mandi, perkhidmatan bilik 24 jam dan akses jalur lebar berkelajuan tinggi (kabel dan WiFi) dan lain-lain kemudahan asas. Harga untuk Signature King dan Signature Twin ialah RM310 untuk 1 malam.

Bilik seterusnya adalah Titanium Club. Sesuai dengan harganya yang agak tinggi berbanding bilik Signature King dan Signature Twin, bilik ini terletak di tingkat atas hotel dengan menawarkan pemandangan langit Putrajaya yang indah, Tasik Putrajaya dan mercu tanda Putrajaya yang lain seperti Masjid Putra dan Jambatan Seri Wawasan. Titanium Club adalah pilihan yang tepat jika anda sukakan kemewahan kerana ia menyediakan tempat tidur berciri mewah dan tab mandi yang luas. Bilik ini di dekorasi dengan ciri moden. Bilik ini menawarkan akses ke Lounge Titanium Club eksklusif yang terletak di tingkat 12. Harga untuk bilik ini ialah RM 600 untuk 1 malam.

Seterusnya kita ke bilik Executive Suite dan Premier Suite. Suite luas dengan balkoni yang menghadap ke Tasik Putrajaya, Suite Eksekutif berkeluasan 73sqm menawarkan keselesaan dan privasi yang dilengkapi dengan tempat tidur bersaiz Super King, ruang tamu dan bilik mandi dengan jakuzi yang menghadap ke tasik. Dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin kawalan individu, selipar bilik tidur, kemudahan membuat kopi dan teh, akses internet berkelajuan tinggi dan ruang kerja. Selain itu bilik ini turut menawarkan akses ke Lounge Titanium Club eksklusif di hotel ini. Harga untuk bilik ini ialah RM 1000 untuk 1 malam.

Seterusnya kita ke bilik Zenith Suite. Zenith Suites menggabungkan hiasan klasik-kontemporari dengan pemandangan Tasik Putrajaya dan Masjid Putra yang menakjubkan. Suite ini memancarkan suasana yang tenang dan dilengkapi dengan bilik tidur yang luas, bilik mandi yang direka khas dan dilengkapi dengan peralatan mandian berjenama, ruang tamu yang terpisah dan ruang kerja peribadi. Bilik ini turut menawarkan akses ke Lounge Titanium club eksklusif. Harga untuk bilik ini ialah RM 1000 untuk 1 malam. Harga untuk bilik ini ialah RM 3000 untuk 1 malam.

Bilik terakhir dan paling ekslusif berunsur kemewahan di hotel Zenith Putrajaya ini adalah bilik Presidential Suite. Presidential Suite ini direka khas untuk memenuhi citarasa ketua negara, diplomat, dan orang kenamaan dengan tumpuan yang kuat terhadap keselamatan, mempunyai almari pakaian dan bilik mandi yang terpisah dan bilik, ruang urut, bilik keselamatan dan dapur pameran dan pantri, yang menghadap ke pemandangan indah Tasik Putrajaya, Jambatan Sri Wawasan dan Masjid Putra. Bilik ini berkeluasan 186sqm. Bilik ini turut menawarkan akses ke Titanium Club Lounge eksklusif. Harga untuk 1 malam ialah RM10,000.

Kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah sauna, kolam renang, gymnasium, San Spa, dan restaurant.

Info:

  • Nama Hotel: Zenith Putrajaya
  • Alamat Hotel: No. 1, Jalan P2/A, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
    Malaysia.
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari
  • Facebook: https://web.facebook.com/zenithputrajayahotel
  • No telefon: +603 8893 9993
  • Peta Lokasi Kedai/Restoran/Etc (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc):

Credit: https://putrajaya.thezenithhotel.com/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini