#MenarikDiSabakBernam – D’Dorani Homestay

0
590

D’Dorani Homestay memberikan tetamunya 3 buah pakej rumah yang boleh ditempah. Untuk rumah pertama, 3 buah bilik tidur disediakan dengan 2 buah bilik air peribadi. Rumah yang kedua mempunyai 1 katil queen, 1 katil single dan juga 1 bilik air. Untuk rumah yang ketiga pula, terdapat 1 katil queen dan 1 tilam bersaiz single, manakala bilik airnya diasingkan di tingkat bawah. Di homestay ini, tetamu boleh mengadakan sesi karaoke ataupun pergi merasi pengalaman menggagau ikan dan berbabeku. Untuk mereka yang membawa kanak-kanak untuk hari keluarga, kawasan sekitar homestay luas untuk mengadakan sukaneka sendiri. Seluruh rumah untuk setiap pakej mempunyai pendingin hawa supaya tetamu berasa nyaman. Disebabkan lokasinya berada berdekatan perkampungan nelayan, tetamu boleh pergi membeli makanan laut segar tidak jauh dari homestay.

Masa diambil untuk ke pekan Sungai Besar dari D’Dorani Homestay hanyalah 10 minit. Perjalanan 15 minit pula akan membawa anda ke Sekin Wonderland untuk menikmati taman tema air.

Nama : D’Dorani Homestay

Alamat: Kampung Parit 2, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi : Setiap hari

No tel : 013-348 8298

Peta Lokasi :

Sumber : https://www.facebook.com/ddoranihomestay & https://www.caridestinasi.com/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini