#MenarikdiKualaLangat&Klang-Homestay Kampung Kundang

0
393

Homestay Kampung Kundang menyediakan pakej penginapan yang menarik dan menawarkan berbagai aktiviti mengikut suasana kampung.

Menyediakan makanan tradisional sepanjang menginap di homestay disamping bergaul bersama penduduk kampung tempatan serta mencuba budaya dan adat mereka.

Pakej homestay yang ditawarkan adalah berpatutan dan mengikut bajet pelancong dari dalam mahupun dari luar negara.

KEISTIMEWAAN KAMPUNG KUNDANG

–  Antara kemudahan asas yang terdapat di Kampung Kundang adalah Dewan Seri Kundang, Padang Awam, Balai Raya, Klinik Kesihatan, Tadika, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Sebahagian Kedai Luar Bandar dan Bilik Gerakan

– Terdapat juga budaya dan warian Kampung Kundang  seperti Silat, Kompang, Cempuling, dan Kuda Kepang Asli.

Terdapat  Industri Kecil & Sederhana (IKS)  seperti pemprosesan kerepek, roti, biskut dan pembuatan tempe  secara tradisional

– Terdapat juga sukan dan rekreasi kampung seperti jungle trekking, kayak atau perahu (bot) dan memancing di laut.

– Terdapat hasil kraftangan penduduk Kampung yang unik iaitu bakul dari rotan dan bunga dari barangan terbuang.

– Tanaman utama di Kampung Kundang adalah tanaman sawit,tanaman TKPM seperti ubi kayu dan nenas,pisang dan jagung,Industri pula seperti kimpalan besi dan welding.

AKTIVITI YANG TERDAPAT DI HOMESTAY KAMPUNG KUNDANG :

  • Lawatan ke pertanian/ternakan/industri
  • Lawatan ke IKS/Kraftangan
  • Lawatan ke jeti nelayan
  • Dan lain-lain

Untuk sebarang maklumat/tempahan homestay boleh hubungi:-

Arman Bin Saeman : 016-7517170 / 012-9722854

Alamat : Jalan Klinik, Kampung Kundang, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

Facebook : Homestay Kampung Kundang

Blog : http://homestaykampungkundang.blogspot.com/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini