#MenarikDiSabakBernam – PadiHijau Homestay

0
383

BUNTU mencari tempat percutian yg BEST dan menenangkan? Sebuah Homestay terletak di Parit 8 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor adalah jawapannya. Ia berlatar belakangkan panorama sawah padi, dan sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Homestay ini mempunyai 3 rumah kon dan 2 chalet kecil sesuai dengan kawasannya yang jauh dari kesibukan kota. Menawarkan pakej rumah rehat yang menarik dengan harga mampu. Bagi penggemar sukan berbasikal, digalakkan untuk membawa basikal untuk menikmati suasana kampung yang mendamaikan.

Abadikan memori terindah anda di sini.

Nama : PadiHijau Homestay
Alamat Premis : No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi :
 011-20903883
Peta lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini