#MenarikDiHuluSelangor – Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kalumpang

0
332

Kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kawasan Perkelahan Sungai Inki sungguh mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota. Sungai Inki kini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti gerai makanan, surau, tandas awam, kolam mandi kanak-kanak, kawasan perkhemahan, pondok wakaf, tapak BBQ dan sebagainya. Persekitarannya bersih dan ia diuruskan sendiri oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih secara bergotong-royong dalam penjagaan keceriaan dan kebersihannya

Kawasan Perkelahan Sungai Inki bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi , malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat hari keluargapenggambaran drama/filemmemancing, berbasikalperkhemahanprogram gotong-royong dan lain-lain.

Nama tempat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki

Alamat : Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor

No. Untuk dihubungi : 017-245 8904 (En. Shamsuddin, Pengerusi MPKK Kg Pasir Putih, Kalumpang) -bagi tempahan tapak perkhemahan, tapak BBQ dan sebagainya.

Peta lokasi:

Kemudahan Awam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini