#MenarikDiPetaling – Bomboloni Fluffy

0
968


Donut sememangnya snek kegemaran rakyat Malaysia yang tidak kenal waktu mahupun umur. Memang tidak mengejutkan mengapa segelintir rakyat Malaysia sanggup beratur panjang demi sesuap bomboloni yang sedap dan gebu ini.

Bomboloni merupakan sejenis donut yang berasal dari Itali. Secara tradisional, donut ini mempunyai inti krim vanila dan dohnya pula disalut dengan gula.Bukan itu sahaja, bomboloni ini disaluti dengan gula aising dan tidak mempunyai rasa yang terlalu manis seperti gula biasa. Tekstur bombolini ini juga lebih lembut dan gebu berbanding donut biasa.

Lain seperti bomboloni tradisional Itali, Bomboloni Fluffy ini padat diisi padat dengan 19 inti yang unik seperti NutellaMango TangoTiramisuKiwi Creamy, Red Velvet dan banyak lagi. Anda pasti akan rambang mata!

Alamat : Lot 1310, Jalan Gajah 3, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi : setiap hari dari pukul 1.00 tengah hari sehingga habis (selasa tutup)

NO untuk dihubungi : 017-265 0675

Facebook : https://www.facebook.com/NQAbakeri/?ref=page_internal

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini