#MenarikDiKualaLumpur – Bukit Besi Alam Damai

0
348

Ramai yang tertanya2 dimanakah bukit ini dan kenapa diberi nama Bukit Besi, adakah ada besi disana. Jawapannya ialah ia asal nya terletak di kawasan Kem Sg Besi. Dan dari Sg Besi ada laluan jalan tar menuju ke Menara Telekon. Disebabkan itu namanya Bukit Besi. Laluan trek dari Alam Damai ini adalah trek baru yang mula menjadi popular setelah beberapa lama penduduk dikawasan tersebut mendaki dan melihat pemandangan KL. Puncak Bukit besi yang sebenarnya adalah kawasan Menara Telekom.
Memandangkan kawasan menara ini kawasan larangan, oleh itu penduduk yang merintis laluan ini membina pondok beberapa meter sebelum Menara diberi nama puncak Bukit Besi. Dekat dengan simpang ini anda akan dapat lihat dua jalan masuk. Satu jalan tar ke tangki air dan kedua denai sebelah paip besar. Dua-dua laluan pun sama akan bertemu di tempat view KL. Terdapat dua Tangki air dan kedua2 tangki air tersebut ada laluan.

Alamat : Jalan Alam Damai, Alam Damai, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 03-9051 2000

Laman Web : https://www.malaysia-traveller.com/bukit-besi-alam-damai.html

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini