#MenarikDiSepang-Bukit Botak Dahlia BBST

0
124
Bukit Botak atau dulunya lebih dikenali dengan nama Bukit PAS oleh penduduk setempat, terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sesuai utk beginner dan tidak asing bagi penduduk sekitar Sepang dan Nilai. Tiada bayaran yg dikenakan bagi pengunjung yang datang.
Bagi yang ingin meneroka kawasan Bukit Botak, ada 2 laluan yg boleh dilalui iaitu dari Taman Dahlia dan jalan pintasan baru (BBST-Kota Warisan), berhadapan dengan Giant Distribution Center. Ini laluan dari jalan pintasan yg lebih mudah utk di akses.
Trek agak landai di permulaan dan pacak sedikit sebelum sampai ke puncak. Tempoh anggaran utk sampai ke puncak dlm 15 minit sahaja (normal pace), sesuai utk pendaki2 baru yg ingin memulakan hobi mereka.
Kenderaan boleh diletakkan di stadium BBST dan pendaki boleh berjalan atau jogging ke pintu masuk seperti yg dikongsi dibawah.
View di puncak amat menarik. Anda dapat lihat pemandangan 360 darjah di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, Jenderam (Bukit Unggul), Kota Warisan, KLIA dan sekiranya cuaca cerah, anda boleh melihat Menara PNB 118!!

sumber dari www.alltrails.com

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini