#MenarikDiGombak – Bananabro

0
65

Bananabro yang terletak di Sri Gombak membawakan korang untuk menikmati hidangan nasi yang beralaskan daun pisang. Bagi yang suka makan nasi lemak beralas daun pisang pasti tahu sememangnya daun pisang juga adalah salah satu penarik selera makan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kaum india juga menjadikan daun pisang sebagai hidangan istimewa dan tradisi kerana dipercayai bahawa haba dari nasi panas akan menyebabkan daun pisang menghasilkan bau wangi yang membangkitkan selera makan serta penghadaman. Di Bananabro Sri Gombak, mereka menghidangkan makanan dalam bentuk ‘craving set’ harga di bananabro juga sangatlah berpatutan dan mampu untuk dinikmati dengan pontionnya yang banyak . Bukan itu sahaja minuman di situ juga boleh tahan sedap dan menyegarkan. Pemiliknya mengambil inspirasi dari tradisi masyarakat India, namun memberikan satu sentuhan moden dalam setiap hidangannya di Bananabro. Restoran Bananabro ini memang memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan makan di dalam daun pisang. Jadi korang yang belum pernah cuba bolehlah datang ke Bananabro Sri Gombak ini, dibuka setiap hari tau.

Alamat : No. 103, 1, Jalan Prima SG 3/2, Prima Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor.

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (10.30am – 10.00pm)

Sabtu – Ahad (10.30am – 9.00pm)

Telefon :   011-2835 8483

Facebook : https://www.facebook.com/bananabro.my

Website : Bananabro ‘Its A malaysia Thing’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini