#MenarikDiPetaling – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

0
461

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz sangat besar & sangat popular. Alang-alang sudah sampai di Shah Alam, cubalah bawa keluarga melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini untuk melihat keunikannya. Paling teruja, melihat saiz kubah & ketinggian menara di Masjid Shah Alam ini yang pasti membuatkan anda terkesima. Tahukah anda, 4 menara masjid di sini adalah berketinggian 142.3 meter & ianya 32.3 meter lebih tinggi dari Menara Taming Sari di Melaka.

Ini meletakkan, menara Masjid Shah Alam ini sebagai menara masjid yang kedua paling tinggi di dunia selepas menara Masjid Hassan II di Negara Morocco. Jika nak tahu, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam ini juga merupakan masjid yang terbesar di Malaysia dengan kapisiti yang boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu-satu masa & jumlah ini adalah 9000 lebih banyak berbanding Masjid Negara di KL. Tidak hairanlah, dengan keindahan senibina & struktur bangunan masjid yang cukup mengagumkan, destinasi ini sering menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara.

Dari dalamnya pula, anda boleh melihat kubah utamanya yang cukup besar & pasti membuatkan anda kagum dengan saiznya. Tidak hairanlah, kubah masjid ini juga dinobatkan sebagai kubah masjid yang terbesar di dunia dengan diameter 51.2 meter. Waktu malam, anda boleh lihat lampu di tengah-tengah kubah ini yang menerangi ruangan solat seluruh masjid.

Maklumat Lanjut:

Alamat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel :  03-55238006 (Pihak Pentadbiran)

Emel : mssaas@jais.gov.my

Sumber : https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-shah-alam/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini