#MenarikDiGombak – Megi Ketam Bistro Gombak

0
335

Makanan laut, mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri serta memberikan emosi apabila memakannya. Cakap pasal unik, jarang dengar orang menggunakan ketam dan dimasak bersama meggie biasanya telur serta udang sahaja tetapi terdapat satu restoran ini yang terletak di Gombak menyajikan makanan menggunakan ketam, menu utamanya Meggie ketam dan juga nama kedainya ‘Megi Ketam Bistro’ . Meggie ketam di kedai ini memang cukup terkenal dengan rasa kuah yang lazat kerana mereka mengunakan rempah rahsia yang dimasak selama 4hari 3malam bagi memastikan ianya memberikan rasa yang terbaik  dan mengekalkan rasa unik yang hanya boleh dinikmati dalam semangkuk Meggie .Malah di  ‘Megi Ketam Bistro’ mempunyai shell out, kuahnya yang pekat menarik lagi selera apabila memakannya.  Pelbagai pilihan boleh didapati seperti udang, scallop, kepah,oyster dan lain-lain. Ramai yang dah cuba makan termasuk artis-artis, baru-baru ini juga  ‘Megi Ketam Bistro’ mendapat jemputan di TV3. Jadi, bagi yang ingin cuba bolehlah datang ke ‘Megi Ketam Bistro’ atau pesan di applikasi foodpanda kerana disini juga menyediakan perkhidmatan ‘delivery’.

Alamat: 143, Jalan 28/10a, Taman Perindustrian Iks, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (3pm–12am)

                             Jumaat-Ahad (3pm-1am)

No Telefon:   014-830 5333

Email: megiketambistro4@gmail.com

facebook: https://www.facebook.com/megiketambistro

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini