#MenarikDiPetaling- Muzium Coklat

0
332

Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara yang merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.

Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.

Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.

Itu hanya sedikit info yang boleh di dapati dari beribu-ribu info lain tentang coklat yang kita boleh dapati di Muzium coklat Kota Damansara ini di mana untuk masuk ke dalamnya adalah percuma, dibuka dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.

Nama Tempat : Muzeum Coklat @ Kota Damansara

No.Telefon: 03-74904260

Email: enquary@chocolatemuseum.my

Alamat : DR.Group Holding Sdn.Bhd

No 2, Jalan Teknologi 3/5

Selangor Science Park 1, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya,Selangor

Waktu Operasi : Isnin- Ahad ( 10.00 AM- 4.00 PM).

Sumber: https://siakapkeli.my/ & https://chocolatemuseum.my/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini