#MenarikDiPutrajaya- Royal Floria Putrajaya 2022

0
340

Selepas 2 tahun, Royal Floria Putrajaya 2022 telah kembali semula !!!

Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Royal Floria Putrajaya 2022. Festival bunga-bungaan terulung negara ini telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran Floria 2014, yang telah diadakan di tapak kekal acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya.

Gambar 1: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli ke Royal Floria Putrajaya pada tahun 2019.

Anjung Floria kini telah ditransformasikan sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. Selain itu, di Anjung Floria sendiri terdapat Pantai Floria. Disini terdapat pelbagai aktiviti disediakan seperti aktiviti berbasikal, berkelah, bermain di pantai, mandi-manda di Pantai Floria, memancing, berkayak, dan santai sambil menikmati hidangan di kafe-kafe disisiran tasik. Pengunjung juga boleh membeli pokok di Garden Shop. Kawasan ini sangat sesuai untuk keluarga dan mereka yang suka OOTD sambil merakam memori indah berekreasi bersama keluarga di Putrajaya.

Gambar 2: Poster Royal Floria Putrajaya 2022

Festival Royal Floria Putrajaya 2022 ini akan diadakan selama 1 minggu bermula pada 29 Ogos 2022 hingga 4 September 2022. Ia akan dianjurkan di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya.

Info:

Nama: Royal Floria Putrajaya 2022

Alamat: Anjung Floria Presint 4, Putrajaya

Tarikh: 29 Ogos 2022 – 4 September 2022

Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

Facebook: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya

No tel: 03-88877136

Maps:

Kredit: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya, Perbadanan Putrajaya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini