Selepas 2 tahun, Royal Floria Putrajaya 2022 telah kembali semula !!!
Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Royal Floria Putrajaya 2022. Festival bunga-bungaan terulung negara ini telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran Floria 2014, yang telah diadakan di tapak kekal acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya.
Anjung Floria kini telah ditransformasikan sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. Selain itu, di Anjung Floria sendiri terdapat Pantai Floria. Disini terdapat pelbagai aktiviti disediakan seperti aktiviti berbasikal, berkelah, bermain di pantai, mandi-manda di Pantai Floria, memancing, berkayak, dan santai sambil menikmati hidangan di kafe-kafe disisiran tasik. Pengunjung juga boleh membeli pokok di Garden Shop. Kawasan ini sangat sesuai untuk keluarga dan mereka yang suka OOTD sambil merakam memori indah berekreasi bersama keluarga di Putrajaya.
Festival Royal Floria Putrajaya 2022 ini akan diadakan selama 1 minggu bermula pada 29 Ogos 2022 hingga 4 September 2022. Ia akan dianjurkan di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya.
Info:
Nama: Royal Floria Putrajaya 2022
Alamat: Anjung Floria Presint 4, Putrajaya
Tarikh: 29 Ogos 2022 – 4 September 2022
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam
Facebook: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
No tel: 03-88877136
Maps:
Kredit: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya, Perbadanan Putrajaya