#MenarikDiPutrajaya- Kolam Pancing 3H Putrajaya

0
1430

Kepada peminat-peminat atau kaki pancing ikan yang berdekatan dengan Putrajaya boleh meluangkan masa dan penuhi hobi anda dengan datang ke kolam pancing 3H Putrajaya ini. Antara ikan yang ada di kolam ini ialah ikan Rohu, Patin, Tongsan sisik halus, tongsang sisik kasar dan Pacu. Kolam pancing 3H ini juga terdapat pondok-pondok kecil untuk berteduh jika datang bersama keluarga. Tambahan lagi, mereka juga menjual pelbagai jenins dedak atau umpan untuk pemancing bagi mendapat habuan ikan yang besar dan puas hati. DIsamping itu, berhadapan Kolam pancing ini terdapat restoran Coffee Village jika hendak bersarapan atau makan malam bersama keluarga.

Operasi:

Setiap hari 8.00 pagi- 11.00 Malam

Jumaat 2.30 Petang-11.00 Malam

Alamat: Lot 2344 Jalan Bukit Dugang, Kajang Selangor.

Nombor Telefon: 01111171617

Facebook:https://www.facebook.com/groups/2222186361416521

Yuran untuk memancing di sini ialah:

RM35.00/4 Jam

Tambahan masa:

RM8.00/1 Jam

3 Jam keatas- RM6.00/ Jam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini