#MenarikDiGombak – Restoran MaiiShellOud Port Seafood

0
237

Cakap pasal shellout pasti rata-rata penduduk Gombak tahu dengan MaiiShellOud kerana pemilik MaiiShellOud ini ialah pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi dan suaminya Dato’Sri Mahadi Badrul Zaman. Restoran MaiiShellOud Port Seafood tengah hot dan viral di media sosial lagi-lagi di tiktok serta Instagram. Bukan hanya shellout sahaja yang ada disini tetapi MaiiShellOud juga terdapat pelbagai ikan bakar yang besar-besar dan yang paling menariknya terdapat juga belangkas disini memang lain daripada shellout yang lain. Masakan disini juga boleh tahan sedap .. yang datang pasti tidak menyesal. Selain itu juga, tak perlu beratur untuk order dan bayar kerana boleh scan QR Code yang ada di meja terus pilih menu yang dah siap dengan harganya sekali dan bayar online tak perlu risau jika tiada cash atau tak cukup duit di tangan. Nasi serta ulam-ulaman dan sambal belacan boleh ambil sesuka hati juga tambah ikut suka sahaja malah disini juga ada disediakan kemudahan seperti wifi, surau dan lainnya. Jadi bagi penduduk sekitar atau luar dari Gombak bolehlah datang ke MaiiShellOud yang terletak di Taman Sri Gombak, batu Caves.

Alamat: 17-G, Jalan SG 3/15, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (3.00pm-11.30pm)

No Telefon: 017-431 3546

Email: maiishelloud@gmail.com

facebook: : https://www.facebook.com/MaiiShellOud

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini