#MenarikDiPetaling-Trick Art Museum i-City

0
721

Pameran lukisan-lukisan di dalam Trick Art Museum i-City ini adalah berdasarkan teknik seni lukisan purba Trompe L’oeil yang mana lukisan-lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik ini kelihatan realistik dan hidup dalam 3 dimensi.Lukisan-lukisan 3D di muzium ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya betul ke pandangan mata anda ni, seperti boleh disentuh tapi sebaik anda mendekatinya, ternyata ia hanyalah sebuah lukisan yang menipu mata anda.Ilusi-ilusi optikal di sini menjadikan ia menarik untuk dijadikan props anda ber’posing’. Di dalam tapak yang berkeluasan 8000 kaki persegi ini anda dapat melihat 5 tema karya seni yang berbeza iaitu karya Mesir, Klasik Moden, Alam Haiwan, Karya Agung dan Hidupan Laut.

Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00am – 12.00am) | Jumaat (11.00am – 1.00am) | Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (11.00am – 1.00am) | Ahad (11.am – 12.00am)Bayaran Masuk: RM15

Sumber: https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-selangor/…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini