#MenarikDiPetaling – WetWorld Water Park Shah Alam

0
46
WetWorld Water Park Shah Alam

Destinasi taman tema air yang tidak asing lagi di Selangor yang telah beroperasi lebih 21 tahun. Taman tema ini sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi percutian hujung minggu bersama anak-anak kerana majoriti kolam air & gelongsor air yang ada di sini dibina dengan mengutamakan kepuasan kanak-kanak. Paras air kolam mandi di sini juga tidak dalam & kurang daripada 1 meter. Pendek cerita, taman tema ini sangat ideal untuk anak-anak anda yang berumur bawah 12 tahun.Bagi golongan dewasa yang inginkan keterujaan & water slide yang meluncur laju, WetWorld Water Park Shah Alam bukanlah destinasi yang tepat. Namun, terdapat juga beberapa gelongsor air di sini yang agak menarik seperti Super Hurricane & Monsoon Buster yang pasti akan membuatkan golongan remaja lebih teruja. Rata-rata tarikan air di sini lebih menjurus kepada kolam mandi manda & tempat kanak-kanak bermain air sahaja. Selain taman tema air di I-City Shah Alam, destinasi water park ini adalah yang terdekat sekiranya anda menginap di hotel sekitar Shah Alam.Lebih menarik, bayaran masuknya juga lebih berpatutan berbanding taman tema air di Selangor yang lain. Lokasinya juga strategik & mempunyai landskap menarik yang berlatarbelakangkan pemandangan indah Taman Tasik Shah Alam. Selepas bersuka ria di sini, bolehlah pula melawat tempat menarik di Shah Alam yang berdekatan seperti Masjid Sultan Salahuddin, Muzium Sultan Alam Shah, Galeri Shah Alam, ataupun jalan jalan cari makan di restoran popular yang banyak berada di sekitar Seksyen 7.

Alamat : Wet World Shah Alam, No.3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari; 10.00 am – 6.00 pm

Ditutup pada Rabu, kecuali hari cuti umum & cuti sekolah

Sumber: https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-selangor/

: https://wetworld.my/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini