#MenarikDiPetaling – The Merchant Lwa

0
226

Mengetengahkan konsep minimalis, The Merchant merupakan salah satu tempat makan yang wajib anda pergi di Petaling Jaya. Bagi peminat minuman kopi, inilah destinasi tepat di mana The Merchant menyediakan anda pelbagai pilihan kopi di sini.

Sambil-sambil minum kopi, anda juga dapat menikmati kemerduan muzik yang dimainkan oleh kumpulan busker. Anda boleh meminta apa sahaja lagu yang ingin dimainkan. Persembahan busker diadakan pada jam 4 petang sehingga 10 malam setiap hari Khamis hingga Ahad. Selain itu, Diinspirasikan daripada trend di Indonesia, minuman-minuman premium di sini dihidangkan dalam bentuk tin plastik yang menampilkan kelainan The Merchant dari kafe yang lain. Oleh itu, anda boleh nikmati minuman ini di mana-mana sahaja tanpa perlu merisaukan tumpahan daripada air. Ia juga menyajikan pelbagai jenis minuman dan makanan yang menarik dan sedap.

credit: menarik di The Merchant

Nama : The Merchant Lwa
Alamat : 6, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47830 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10.00pagi – 10.00malam)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini