#MenarikDiKualaLumpur – Nong & Jimmy Thai BBQ Seafood Restoran

0
259

Nong & Jimmy Thai BBQ Seafood adalah satu hidangan yang popular bagi orang yang gemar dengan makanan laut dan ia berasal dari Thailand yang dibuka pada tahun 1994 di Kuala Lumpur. Namun bagaimanapun, pelanggan Muslim tidak perlu berasa was was atau ragu ragu kerana restoran ini bebas dari bahan makanan yang tidak halal. Semua orang berpeluang untuk menikmati makanan Thai yang hebat! Bukan itu sahaja, anda juga boleh yakin bahawa ketika anda menjamu selera di Nong & Jimmy, anda akan menjamu selera dengan baik kerana mereka juga menawarkan harga yang berpatutan ditambah dengan kenikmatan layanan cepat dengan pekerja yang sangat ramah. 

Ramai pelanggan suka untuk ke Restoran Nong & Jimmy ini kerana mereka menyediakan makanan laut yang segar dan juga sesuai untuk diambil gambar. Menu yang ditawarkan di restoran ini adalah Pad Thai, Thai Green Curry Chicken, N& J Signature Fried Rice, Red Tomyum Seafood dan bermacam macam lagi.

Alamat : Lot 27363, Jalan Cahaya 1, Taman Cahaya, 68000 Kuala Lumpur, Selangor.

Waktu Operasi : Dibuka pada setiap hari ( 11 pagi- 11 malam ).

Website : https://www.nongjimmythaibbq.com

Email : nongjimmy24@gmail.com

No. Telefon : 6010-293 4996.

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Nong-And-Jimmy-Thai-Seafood/326809970746193

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini