MenarikDiKualaLumpur – Pusat Sains Negara

0
259

Pusat Sains Negara telah atau PSN merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat ini juga adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan telah dibuka secara rasmi pada 29 November 1996 oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. 

PSN juga ditubuhkan bertujuan untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan orang ramai terhadap sains dan teknologi. Di sini, terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas dan aktiviti lawatan sambil belajar yang disediakan juga sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan latar belakang bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan para pengunjung untuk menaruh minat yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini selaras dengan misi PSN dalam mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat.

Terdapat juga bahan pameran yang diletakkan di galeri-galeri tertentu mengikut tema yang tersendiri dan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Contohnya, terdapat galeri pameran bertema yang diberi nama Dinosaur Encounter bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka serta merasai sendiri pengalaman melihat haiwan gergasi yang telah pupus dan pameran ini dibuka pada tempoh tertentu sahaja. Secara keseluruhan, konsep yang ingin diketengahkan oleh pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama, serta untuk mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan diaplikasi dalam aktiviti seharian.

Malahan, Pusat Sains Negara mempunyai cawangan baharu yang juga merupakan cawangan kedua terletak di Gunung Keriang, Kedah dan telah dibuka pada 1 Mac 2010.

Alamat : Pusat Sains Negara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Sabtu – Khamis, 9.00 Pagi – 4.30 Petang.

Harga Tiket : Kanak-kanak RM3.00, Dewasa RM6.00

No. Telefon: +603 – 2089 3400.

Website: http://www.psn.gov.my

Telegram: https://t.me/pusatsainsnegaraofficial

Instagram: https://www.instagram.com/pusatsainsnegara/

Facebook Page: https://www.facebook.com/PusatSainsNegara

Email: psn@psn.gov.my

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini