#MenarikdiKualaLangat&Klang- Bukku Cafe

0
115

Sekiranya anda masih mencari kafe yang menarik untuk bersantai, anda patut cuba untuk berkunjung ke Bukku Cafe yang terletak di Klang, Selangor ini. Antara menu utama yang disediakan di sini dan telah menjadi pilihan ramai orang yang berkunjung adalah set ayam dan daging cheese untuk dua orang dengan harga serendah RM 45. Jika anda tidak ingin makan nasi anda boleh membuat pilihan lain seperti pasta, burger, homemade chicken ball, sup mushroom dan dessert.

Yang menariknya di sini ialah anda boleh makan sambil bersantai dengan membaca buku yang disediakan. Kafe ini juga dihias dengan sangat cantik dan moden. Antara tawaran menarik yang pernah ditawarkan di sini ialah beli kopi satu percuma satu. Sememangnya berbaloi dan terbaik. Jika anda tidak ingin terlepas sebarang tawaran hebat seperti tawaran kopi itu, anda perlu untuk mengikuti Facebook rasmi mereka kerana mereka sering memuat naik info kedai di sana.

Lokasi : Bukku Cafe
Alamat : No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
No Telefon : 012-567 7392
Facebook : BukkuCafe
Instagram : @bukkucafe


Lokasi:

Sumber dari Facebook: BukkuCafe

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini