#MenarikDiPutrajaya – Kompleks Sukan Taman Pancarona

0
156

Kompleks Sukan Taman Pancarona adalah sebuah stadium dan kompleks sukan di Putrajaya. Ia digunakan bagi pelbagai acara dalam dan luar dewan. Dibangunkan pada tahun 2005, ia dibuka pada orang awam pada tahun 2009 selepas tamat proses pembinaan.

Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya merupakan sebuah kompleks yang menawarkan pelbagai kemudahan sukan yang cukup lengkap kepada orang ramai khususnya kepada warga Putrajaya. Taman ini sering menjadi pilihan bagi acara sukan kerana ia tempat yang sesuai bagi aktiviti riadah dan santai sambil menikmati keindahan landskap dan pemandangan tasik yang mendamaikan. Ia juga salah satu tempat yang sangat menarik untuk diterokai.

Pemandangan disekeliling taman ini agak mempesonakan mata memandang kerana ia terletak di kawasan berbukit. Jadi, dikiri dan kanan anda semua nanti akan dipenuhi dengan kehijauan flora yang memukau.

Antara kemudahan sukan yang tersedia adalah seperti berikut:

  1. Padang bola sepak yang dilengkapi dengan lampu limpah, padang boleh digunakan pada waktu siang dan malam.
  2. 2 buah gelanggang Futsal/Bola Keranjang
  3. 2 buah gelanggang Bola Jaring
  4. 4 buah gelanggang Sepak Takraw
  5. 3 buah gelanggang Bola Tampar

Taman ini yang turut menyediakan pelbagai fasiliti lain untuk kemudahan pengunjung-pengunjungnya untuk beriadah dan bersukan disini. Antaranya adalah wakaf sebagai tempat beristirehat bagi pengunjung selepas penat bersukan. Selain itu, adanya Grandstand yang memuatkan seramai 800 orang penonton pada satu-satu masa. Kemudahan seperti surau, taman permainan, tandas, lot parking yang banyak, bilik VIP, P.A Sistem dan bilik persalinan juga turut disediakan.

Fasiliti yang lengkap dan pemandangan yang cantik menjadikan taman ini lokasi pilihan oleh agensi kerajaan dan swasta serta sekolah untuk penganjuran aktiviti seperti Hari Keluarga, Hari Sukan, Jogathon, pertandingan bola sepak dan sebagainya.

Taman ini boleh digunakan pada setiap hari bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam atas kebenaran pihak berwajib. Untuk menggunakan kemudahan sukan yang terdapat disini, para pengunjung boleh datang terus atau membuat tempahan terlebih dahulu di laman web Perbadanan Putrajaya. Pada masa ini, segala urusan tempahan kemudahan adalah melalui permohonan secara rasmi atau mengisi borang tempahan yang telah disediakan.

Info

Nama: Kompleks Sukan Taman Pancarona

Alamat: Jalan P18, Presint 18, 62150 Putrajaya

Waktu operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang

Lain-lain info bersesuaian: https://www.facebook.com/putrajaya/

Peta lokasi:

Kredit:

http://tulisanmaya.blogspot.com/2010/01/kompleks-sukan-taman-pancarona.html

https://www.ppj.gov.my/second-page/taman-pancarona

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini