Pasar Tani Presint 2 Putrajaya atau sesetengah orang panggil Pasar Malam Putrajaya. Lokasi yang betul2 berada di tengah2 pusat pentadbiran negara ini dan ia terletak bersebelan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kawasan pasar tani ini agak luas dan selesa untuk datang membeli barang keperluan.
Kat sini memang banyak sangat makanan yang boleh korang pilih untuk dibeli bawa pulang atau makan kat situ. Tersedia juga meja makan untuk anda datang makan di situ jadi tak susah2 nak makan. Memang rambang mata bila datang sini nak pilih mana satu makanan yang murah dan lazat2. Bolehlah korang datang sini sediakan list untuk dibeli kalau tidak memang habislah duit tu sekelip mata jer hehehe.
Ada makanan tradisional dan juga makanan antarabangsa yang disediakan di pasar tu panas dan segar. Datang kat pasar tu paling penting mesti beli nasi dan lauk pauk untuk makan bawa balik. Selain tu juga ada makanan kuih muih dan juga pencuci mulut yang manis2 dan sedap2 belaka.
Selain daripada jual makanan, kat pasar tani ni ada jual bahan2 mentah untuk memasak di dapur. Jadi kat sini boleh berjimat kerana harga yang di tawarkan lebih murah dan barang yang banyak. Juga ada gerai yang jual barang permainan dan pakaian tapi tak sebanyak pasar malam lain. Korang boleh pusing 2 3 kali kat sini kena servay dulu baru beli nanti menyesal. So kalau datang Putrajaya kena singgah ke pasar tani ini yang di adakan setiap hari Selasa dan juga Jumaat.
Lokasi: Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Selasa & Jumaat 4.00 Petang – 10.00 Malam
Peta Lokasi: