#MenarikDiKualaLumpur – Chinatown Petaling Street

0
1101

Petaling Street berada di tengah kota raya Kuala Lumpur, semestinya tempat tumpuan pelancong didalam dan diluar Malaysia. Percutian yang paling heaven adalah bila dapat berjalan-jalan sambil membeli-belah dalam harga bajet. Kalau ini yang anda ingin lakukan, luangkan masa untuk  menuju ke pasar malam di Petaling Street. Segala macam barangan diniagakan di sini, dari t-shirt, jam murah, beg, tali pinggang dan sebagainya.

Cara terpantas untuk ke Chinatown di Kuala Lumpur ialah menggunakan pengangkutan awam. Stesen Maharajalela di perhentian monorel di hujung selatan Jalan Petaling. Atau naik MRT dari KLCC atau KL Sentral ke PasarSeni, Central Market. Sesetengah pelancong lebih suka berjalan kaki dari Bukit Bintang, yang mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Tapi ingat, anda wajib nego dengan para peniaga sebab kebiasaannya mereka meletakkan harga yang 3 ke 4 kali lebih mahal daripada kos sebenar. Kalau pandai bernego, barulah syok nak beli macam-macamkan?

Dah penat tekak bertawar-menawar dengan peniaga? Anda boleh menghilangkan kepenatan dengan menikmati hidangan atau minuman yang dijual di sini. Pastikan makanan yang dijual halal terlebih dahulu.

Alamat : Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (10 Pagi – 8 Malam).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini