MenarikDisepang – D’Kebon Saweat

0
3

Jika anda berada di Sepang jangan lupa singgah di Restaurant D’Kebon SawEat yang terletak di bersebelahan Shell Kota Warisan. Menariknya kawasan ini di kelilinggi pokok kelapa sawit dan mereka menyediakan pelbagai jenis menu antaranya set nasi Bawal/talapia/keli/ayam, chiken chop,sizzling dan pelbagai masakan pasta. Pelanggan juga boleh bersantai sambil menikmati minuman yang segar seperti manga float, dalgona ,smoothies,Cendol dan lain-lain .Antara menu yang special yang boleh dinikmati di bawah dedaun kelapa sawit adalah menu Nasi arab syria dan Arabic spices Tea.

Selain itu ,bagi para pengunjung yang minat flora terdapat juga jualan anak benih pokok bunga di kawasan Restauran DKebon SawEat. Waktu malam adalah suasana yang meriah jika dilawati kerana terdapat penyanyi baskin bagi menghiburkan pengunjung yang datang.

Nama :Restaurant D’Kebun SawEat
Alamat: Jalan Kota Warisan Kampung orang asli Kelingsing Salak,Sepang.
Waktu operasi: 12.00tenghari-11.00 malam
No telefon: 0127986772
Facebook: https://www.facebook.com/SawEat-Restaurant-100310682235118
Email: hf.bizzresources@gmail.com

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini