#MenarikDiPutrajaya – District 21 IOI City Mall

0
2

Bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti pengembaraan mencabar, District 21 pasti tidak akan menghampakan anda, dengan 11 daya tarikan utama yang tersedia. Taman tema ini mempunyai keluasan sehingga 70,000 kaki persegi dan terletak di atrium berhawa dingin IOI City Mall Putrajaya yang sudah semestinya membuatkan anda merasa lebih selesa tanpa perlu berpanas terik matahari. Ianya merupakan satu-satunya taman tema pertama di Malaysia yang berkonsepkan pengembaraan dan sudah semestinya akan menarik hati pengunjung.

Pengalaman berada di District 21 ini tidak sepatutnya dilepaskan jika berkunjung ke Putrajaya. Lokasi ini disediakan juga dengan harga yang berpatutan hanya RM 58.00 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat, RM75.00 pada hari Sabtu dan Ahad, cuti sekolah serta cuti umum bermula 12 tengah hari sehingga 8 malam dan hari Sabtu dan ahad, cuti sekolah serta cuti umum pula bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Nama : District 21, IOI City Mall
Alamat : AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi : Isnin – Jumaat 12 pm – 8 pm, Sabtu – Ahad / Cuti Umum 10 am – 8 pm
Nombor untuk dihubungi : 03-8328 8888
Peta lokasi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini