#MenarikDiHuluSelangor – Pasir Putih Resort Kalumpang

0
3

Anda peminat  camping?? Anda sukakan alam semulajadi?? Anak-anak suka mandi sungai??

Ini tempat pilihan terbaik buat anda.!

Pasir Putih Resort Kalumpang  merupakan salah satu tarikan menarik di kawasan Hulu Selangor.. Terletak hanya kira-kira 1 jam dari Kuala Lumpur, anda boleh merasai keindahan flora dan fauna di sini dengan kesejukan air sungai yang bersih dan segar. Menariknya di sini adalah kawasannya yang sangat selesa, yang sesuai untuk berkumpul dalam kumpulan yang besar serta sesuai untuk mereka yang gemar berkhemah bersama rakan-rakan.

Namun, jangan risau, resort ini masih lagi menyediakan bilik-bilik khas untuk mereka yang mungkin tidak biasa untuk berkhemah di tepi sungai. Selain itu, lain lain fasiliti juga turut disediakan di sini seperti tempat membakar, tapak berkhemah, tandas dan bilik mandi, ruang dewan dan lain-lain lagi.

Dengan kapasiti pengunjung yang besar dan kawasan yang luas, resort ini membenarkan kita untuk meletakkan kenderaan kita hampir dengan sungai yang berdekatan di sini. Ha… seronokkan? Bukak pintu kereta terus nampak air sungai. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang gemar mandi sungai.

 Kepada anda yang ingin merasai keseronokan dan menikmati keindahan alam Bersama rakan-rakan dan keluarga, jangan lupa datang ke sini dan nikmatinya keindahan alam di sini bersama insan yang tersayang.

NAMA : PASIR PUTIH RESORT KALUMPANG

ALAMAT: PASIR PUTEH RESORT KALUMPANG
44100 KERLING SELANGOR

WAKTU OPERASI: Setiap Hari

Nombor untuk di hubungi : 013-532 6528

Facebook: https://www.facebook.com/pasirputehresort/

website : http://kalumpangresort.com.my/

Peta Lokasi:

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini