#MenarikdiKualaLangat&Klang-Villa Warisan Homestay

0
8

Mencari tempat penginapan yang berkonsepkan ketenangan? Ini lah tempat yang sesuai. Percutian di vila tertutup ala-ala Bali, Indonesia tanpa perlu merentas negara memang satu tawaran yang menarik, bukan?

Ya, sejak era Covid-19 melanda negara kita, percutian konsep privasi dengan penginapan klasik lagi mewah semakin menjadi kegemaran orang ramai.

Kata mereka yang pernah menginap di vila seperti itu, ciri yang terdapat pada premis demikian lebih selamat tanpa berhubung dengan sosial dan banyak orang.
Menerusi komen yang ditulis di laman sosial, ramai mengatakan bahawa sesiapa yang menghuni di lokasi berkenan mampu mengenangkan jiwa, namun perlu mengeluarkan sedikit bajet.


Villa Warisan yang terletak di Kampung Delek Baru, Klang, Selangor sangat popular di kalangan pengunjung yang datang ke Klang. Vila berkenaan diperbuat daripada kayu cengal batu dan cengal emas dikatakan dibina tanpa paku. Pembinaannya mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan oleh tukang kayu yang diimport khas dari Tanah Seberang.

Kalau pembaca beranggapan bahawa menghuni vila yang diperbuat daripada kayu adalah panas, tanggapan itu tidak tepat sama sekali untuk Villa Warisan.

Lokasi vila ini juga menarik iaitu menghadap muara sungai dan paya bakau yang terbentang luas.

Villa ini ada 3 rumah penginapan

  • Rumah Studio
  • Rumah Bidasari
  • Rumah Lelamanja

Setiap rumah lengkap dengan

  • Aircond
  • Bilik air dalam bilik
  • Dapur yang lengkap
  • Ruang rehat
  • TV LCD

Vila ini sangat sesuai untuk Family Day. Untuk yang planning nak buat aktiviti sukaneka semasa family day boleh guna parking lot vila ini.


Antara fasilitis yang lain disediakan adalah:

  • private pool
  • Outdoor Kitchen – kelengkapan BBQ ala smoke house

Lokasi : Villa Warisan Resort & Homestay
Alamat : Lot 11683, No 13,14 & 15, Lorong Haji Daulay Off Lorong Haji Karim, Jln Kampung Delek Baru, 41250 Klang, Selangor
No Telefon : 014-7344557 (Ijan)
Pakej : RM1500
Facebook : Villa Warisan
Instagram : @villa.warisan

Peta Lokasi :

Sumber dari Facebook : VillaWarisan.my

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini