#MenarikDiGombak – Bukit Tabur

0
2

Bukit Tabur adalah salah satu tempat hiking yang mula terkenal dalam kalangan pendaki-pendaki baru. Bukit Tabur ini terletak di Taman Melawati. Kepada pendaki amatur, trek di Bukit Tabur ini memerlukan skil memanjat untuk sampai ke puncak. D engan ketinggian 396 meter dan pendakian selama 3-4 jam, ia mampu membuahkan hasil apabila pemandangan yang bakal pengunjung lihat memang tidak akan mengecewakan. Apabila sampai di puncaknya sahaja mampu memukau pandangan mata pendaki kerana pemandangannya yang cantik serta panoramanya yang unik dan menarik. Kepada pendaki baru yang inginkan kelainan , anda boleh mencuba mendaki di Bukit Tabur ini kerana kelainan yang ada di sini mampu menghilangkan rasa penat dan sukar ketika mendaki di Bukit Tabur.

Alamat : Persiaran Bukit Melawati, 68000, Selangor .

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Bukit%20Tabur/110471529003743/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini