#MenarikDiPetaling – Taman Tasik Subang Ria

0
2

Hai semua!

Sudah berapa lama anda duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Berita baik untuk anda sekiranya anda ingin beriadah sambil menghirup udara segar diikuti dengan persekitaran hijau dan tasik! Taman Tasik Subang Ria merupakan salah satu tarikan orang ramai untuk beriadah bersama rakan dan juga keluarga. Selain itu, aktiviti yang sesuai untuk dilakukan di Taman Tasik Subang Ria juga adalah berbasikal, jogging, dan juga berkelah bersama ahli keluarga. Pemandangan menghijau di sekitar Taman Tasik Subang Ria sangat menenangkan dengan persekitarannya yang terjaga bersih dari sampah sarap. Sekiranya anda berhasrat untuk mengunjungi Taman Tasik Subang Ria, berikut adalah alamat lokasi:

Nama : Taman Tasik Subang Ria

Alamat : Taman Subang Ria, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Tempoh masa buka: 6.30 am – 7.00 pm

No telefon: 019-362 9369

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini