The Rack Boutique & Cafe yang terletak di kawasan gombak ini bukan sahaja menyediakan masakan barat malah disini juga menyediakan pelbagai menu yang menarik gaya hipster, memang akan puas hati dan mengenyangkan jika berkunjung kesini untuk merasai keenakan masakan ala-ala Barat fushion di sini . Selain daripada hidangan barat yang popular seperti chicken chop, pasta dan masakan steak yang power, disini juga terdapat makanan shell out bagi yang mengemari makanan laut serta masakan ala korea yang viral sekarang ini juga turut disajikan di The Rack Boutique & Cafe. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis minuman hipster daripada jus hinggalah kepada minuman coffee dan chocolate blended juga turut dijual sebagai pelengkap hidangan di sini. Jadi bagi pengemar makanan ala-ala luar negara memang sesuai jika datang ke sini dengan harga yang sangat berbaloi .
Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi : Isnin – Tutup
Selasa – Ahad : 12 am -11pm
No Telefon : 011-3784 5657
Facebook : https://www.facebook.com/therackboutiquecafe/