#MenarikDiKualaSelangor – Teratak TokNgah

0
2405

Haaa. orang Selangor, KL dan Putrajaya dah ada berita baik,kita dah tukar fasa 2 gaissss!!!
dah boleh rentas daerah tanpa sekatan tapi kena ingat tau walaupun kita dah bebas bergerak, sentiasalah jaga kebersihan dan patuh SOP.
Jadi, untuk warga kota yang dah stress berkurung sepanjang PKP ni, aku nak cadangkan lokasi menarik untuk kita berehat, tenangkan fikiran,
lihat kehijauan sawah bendang yang kehijauan sekarang saujana mata memandang sambil buat macam-macam aktiviti kat kampung ni. Kalau korang suka jogging, boleh jogging sekali kat kampung ni sambil menghirup udara segar.

Ok, sedia semua, aku nak bagitau ni lokasi dekat Sungai Sireh, Tanjong Karang. bukan Sungai Sireh Klang tau.
Aku nak kenalkan homestay baharu yang ada dekat Sungai Sireh. Dengan rekabentuk klasik dan konsep rumah kayu.

Nama Homestay : Teratak Tok Ngah.
Alamat : Lorong 2 Kampung Sungai Sireh Tajong Karang Selangor
Waktu Operasi : setiap hari (call/whatsApp dulu tau)
No Telefon : 013-8038475 (Tok Ngah) atau tekan je link ni https://wa.me/message/6NSFQRUYXTOWC1
Facebook : https://www.facebook.com/Teratak-TokNgah-105907968382599 (Teratak TokNgah)
Instagram : https://www.instagram.com/teratak.tokngah/ (teratak.tokngah)

Boleh chill2 dengan family, kawan-kawan kat sini. Ada swimming pool untuk anak-anak main air.
Kalau nak versi original depan homestay ada sawah, pergi terjun dalam parit dekat sawah atau palong ye. Best juga.
Nak buat aktiviti BBQ santai-santai sambil layan gitar kapok malam-malam. Aduhhh nikmatnya lepas lama stay at home kan.
Bagi yang teringin nak memancing ikan, dekat depan homestay ada parit, bawa batang pancing sendiri, pergi la memancing ikan puyu ke ikan sepat ke.
Kalau nak mancing ikan dekat Sungai, 5km dari homestay ni ada sungai Ban Kinal.
Kalau nak cari makanan kat kawasan sekitar pun banyak kedai makan yang viral. Contohnya, Nasi Goreng Melimpah Viral, Mee udang Banjir, Ketam Merah Kabin.
Kalau nak makanan kampung pun banyak gerai di sekitar homestay.

Kerja, kerja juga. Kesihatan badan dan mental pun penting juga. Jadi, apa tunggu lagi. Tengok kalendar, apply cuti, dan berseronoklah. Jaga SOP ok!!

Jom jalan-jalan, discover Selangor. NAS.2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini