#MenarikDiHuluSelangor – Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu

2
1749

Jika anda meminati sukan lasak seperti mendaki gunung, Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu mungkin adalah tempat yang sesuai untuk anda. Bukit Kutu yang tereltak di daerah Hulu Selangor menjadi lokasi pilihan dikalangan para pendaki terutama yang baru mula berjinak untuk mendaki gunung. Bukit Kutu yang terletak pada ketinggian 3576 kaki (1053 meter) dan juga berhampiran dengan perkampungan orang asli (Kampung Pertak).

Jika anda ingin mendaki Bukit Kutu, dinasihatkan untuk membawa guide yang mahir akan selok belok trek kerana dikhuatiri sesat atau melencong ke gunung yang berhampiran seperti Gunung Gap, Gunung Rajah, dan Gunung Ulu Semangkuk.

Jika anda ingin mendaki Bukit Kutu, hantarkan permohanan permit ke Pejabat Hutan Hulu Selangor melalui emel phdhuluselangor@yahoo.com. Setelah permohonan diluluskan, anda boleh membuat bayaran dengan wang pos. Anda juga boleh mencari organisasi aktiviti lasak bagi menguruskan trip, permohonan permit, dan guide untuk mendaki Bukit Kutu .

Sumber info :

https://aliffness.blogspot.com/2019/08/hiking-di-bukit-kutu.html https://www.pttoutdoor.com/bukit-kutu-a-hikers-guide-updated-nov-2019/ https://www.forestry.gov.my/en/component/content/article/9-explore/1003-your-voice

Nama Tempat : Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu
Waktu operasi : Tutup sepanjang PPN Fasa 1 (akan dibuka semula sehingga diberitahu)
Alamat : Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
Permohonan Permit : Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, Kompleks Kerajaan, Rawang Perdana Jalan RP4/1, Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor
Nombor telefon : 03-60917533

2 KOMEN

  1. Hi, I’m not sure whether 03-60917533 is still in use because it’s not in service. For those who wish to visit Bukit Kutu, you can call to +60360916131 instead to reach Pejabat Hutan Hulu Selangor.

Leave a Reply to Hiker Membatalkan balasan

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini